Friday, October 29, 2010

PROGRAM PERMOHONAN TERBUKA UPIM BAGI KEMASUKAN JANUARI 2011

Tempat : Ruang Legar, Medan MARA, Kuala Lumpur
Tarikh : 03 - 04 November 2010
Masa : 9.00 - 5.00 ptg
Syarat Penyertaan : Lepasan SPM ke atas

Utusan Online | ORANG MUDA BUTA SEJARAH!


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.


SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Thursday, October 28, 2010

Utusan Online | BAKAL USAHAWAN PERLU KUASAI 4 ELEMEN PENTING


Sebahagian peserta menyertai program Keusahawanan 2010 di Kuantan, semalam.


KUANTAN 27 Okt. - Bakal usahawan perlu menguasai 4D iaitu daya usaha, daya maju, daya saing dan daya tahan jika mahu menjadi usahawan berjaya serta menghadapi cabaran dunia perniagaan.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Pahang, Tengku Datuk Zulkifly Tengku Ahmad berkata, empat elemen itu penting dalam menyumbang kepada kejayaan seseorang usahawan terutama bakal usahawan muda yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

"Tiada jalan pintas untuk menjadi usahawan berjaya selain daripada empat aspek yang sebutkan itu," katanya ketika merasmikan program Keusahawanan 2010 anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad.

Menurut Zulkifly, sebelum mengambil keputusan untuk bergelar usahawan, bakal usahawan perlu mengenal pasti kekuatan diri di samping memahami selok-belok perniagaan yang ingin diceburi.

"Selain meminati bidang keusahawanan, bakal usahawan harus bersedia dari segi fizikal dan mental supaya mampu berdepan dengan kekangan,'' jelasnya.

Tambah beliau lagi, bakal usahawan harus berani berdepan dengan masalah kekangan modal, kemelesetan ekonomi dan bebanan hutang.

"Oleh itu, aspek 4D sangat penting dan harus menjadi prinsip dalam diri bakal usahawan. DPMM sentiasa menyediakan peluang kepada bakal usahawan yang berminat menceburi bidang ini dengan memberi khidmat nasihat selain berkongsi prospek bidang ini sebagai salah satu kerjaya pilihan," katanya.

Pada program itu, beberapa agensi seperti Tekun Nasional, Majlis Amanah Rakyat (Mara), SME Bank dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) turut dijemput menyampaikan taklimat kepada 400 peserta terdiri daripada penuntut tahun akhir Jabatan Perdagangan Polisas.


SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Tuesday, October 26, 2010

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS VOKASIONAL SESI 01/2010: INSTITUT KEMAHIRAN DAN LATIHAN AADK SEPANG (IKHLAS)


Pada 19 Oktober 2010 telah berlangsung Majlis Tamat Latihan Kursus Vokasional bagi Sesi 01/2010 Institut Kemahiran dan Latihan AADK sepang (IKHLAS). Wakil dari MARA turut diundang untuk memeriahkan lagi majlis. Berikut adalah gambar- gambar yang diambil pada majlis berkenaan. Tahniah kepada semua.





Ucapan dari ADUN Dengkil, YB Dato' Haji Marsum Bin Paing



Demonstrasi Anjing Pengesan


Kugiran PUSPEN

Antara khemah pameran yang disediakan

Friday, October 15, 2010

Berita Harian Online | TERBAIK!

DARI kiri Kien Keat, Chong Wei, Ee Hui dan Boon Heong bersama pingat emas
 selepas menang acara final masing-masing, semalam.


ELAINE bersama pingat emas, perak dan gangsa yang dimenanginya dalam acara gimrama individu, semalam.





Kutip 4 emas lagi untuk lakar sejarah baru

KONTINJEN negara berundur dari temasya New Delhi sambil gah mengibar Jalur Gemilang semalam - segala-gala terarah kepada episod gembira dengan tambahan empat pingat emas buat mengatasi sasaran awal dan melakar sejarah pencapaian terbaik dalam temasya Sukan Komanwel. Jumlah itu - tiga dari badminton dan satu dari ratu gimnas berirama, Elaine Koon - memberi pungutan keseluruhan 12 emas buat mengatasi angka 10 yang ghairah disebut-sebut sebelum ini. Elaine - nama yang kurang diberikan perhatian - membutirkan emas ke-10 selepas membuat kejutan memenangi acara gelung gimrama selepas beregu campuran, Koo Kien Keat-Chin Ee Hui memulakan buruan pada awal pagi.

Dua emas bonus menyusul daripada Lee Chong Wei dan Kien Keat-Tan Boon Heong untuk mencipta rekod unik pencapaian terbaik di luar gelanggang sendiri, selain mengatasi angka 10 di Kuala Lumpur 1998.

Di Melbourne 2006, kontinjen negara pulang dengan 7-12-10.

“Kita menang beberapa emas daripada acara yang tidak dijangkakan dan ini turut membantu pencapaian terbaik kita,” kata Chef de Mission, Tan Sri Abdul Halil Mutalib.

“Syabas kepada atlit negara yang buat kita bangga dan kini harus bersiap lebih mantap untuk temasya 2014.”

Pencapaian kali ini membanggakan ketika kontinjen negara mengutip purata satu emas setiap hari sejak temasya bermula 4 Oktober lalu.


SUMBER DARI: BERITA HARIAN ONLINE

Utusan Online | PUSAT INKUBATOR IKM SEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN

KOTA KINABALU 14 Okt. - Pusat Inkubator Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu amat signifikan dalam membantu melahirkan tenaga mahir terlatih di kalangan golongan muda bumiputera.

Pengarah IKM Kota Kinabalu, Kamaruzdzaman Md. Ali berkata, pusat berkenaan juga telah banyak membantu melahirkan usahawan bumiputera di negeri ini.

"Seperti yang kita maklum, IKM melahirkan pelajar yang terlatih di dalam bidang teknikal dan juga keusahawanan.

"Jadi dalam melahirkan usahawan, Pusat Inkubator IKM Kota Kinabalu menyediakan kemudahan kepada lepasan pelatih untuk menjalankan perniagaan dalam bidang teknikal," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, melalui inkubator tersebut, pihaknya menyediakan peralatan yang lengkap untuk kegunaan pelatih.

Selain itu katanya, para pelatih juga akan mendapat tunjuk ajar dan bantuan daripada pensyarah IKM.

Beliau memberitahu, melalui program itu pelatih tidak dikenakan apa-apa bayaran bagi menggunakan peralatan disediakan IKM.

"Mereka cuma perlu beli bahan alat ganti seperti penapis minyak, minyak enjin dan sebagainya.

"Malah pelatih akan mendapat pendapatan melalui bayaran perkhidmatan yang dibayar pelanggan," katanya.

Sementara itu, beliau berharap kewujudan pusat itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelatih dalam melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.

Justeru katanya, peranan pusat itu akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.


SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Utusan Online | IKM LAHIR MEKANIK BERKUALITI


 


Pelatih-pelatih bergambar dengan Pengarah IKM, Kamaruzdzaman Md. Ali (empat, kiri)
dan tenaga pengajar jurusan Inkubator, baru-baru ini.



KOTA KINABALU 14 Okt. - Kewujudan Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu pada Julai 2002 pastinya membuka lembaran baru kepada sistem pendidikan kemahiran di negeri ini.

IKM Kota Kinabalu merupakan institut kemahiran kendalian Mara yang pertama di Sabah dan yang ke-13 dibina di Malaysia.

Jadi ia pastinya dikenali sebagai pusat latihan kemahiran yang telah melahirkan ramai tenaga mahir di kalangan bumiputera di negeri ini.

Rata-rata masyarakat negeri ini pastinya mengetahui mengenai pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan IKM Kota Kinabalu pada masa ini.

Namun di sebalik pelbagai kursus dan sumbangan institut itu, IKM Kota Kinabalu sebenarnya turut menawarkan perkhidmatan membaik pulih kenderaan.

Menurut Ketua Pusat Inkubator IKM, Mohd. Syukri Abdullah, perkhidmatan di pusat itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Katanya, rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan hasil kerja pelatih IKM yang begitu mahir.

Malah katanya, dengan pemantauan pensyarah dan juga peralatan yang lengkap membuatkan pelanggan yang datang yakin dengan kualiti dihasilkan.

"Apatah lagi perkhidmatan di sini adalah berpatutan dan lebih murah kira-kira 30 peratus berbanding di luar," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat 25 pelajar mengikuti program inkubator ini yang terdiri daripada lepasan IKM.

Katanya, kesemua pelatih di sini adalah bekas pelatih IKM yang telah dilatih dan mahir dalam melakukan kerja.

"Selain itu mereka juga akan dipantau oleh pensyarah dan akan dibantu sekiranya menghadapi masalah," katanya.

Menurutnya, pusat tersebut dibuka tujuh hari seminggu bermula pukul 7.30 pagi hingga pukul 7 malam.

Katanya, pada masa ini pihaknya menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti melibatkan enjin dan membaik pulih badan kenderaan.

"Antara servis termasuklah menukar minyak enjin, servis penghawa dingin, servis tayar, baiki enjin, tukar enjin, cuci kereta dan sebagainya.

"Malah servis terbaru kami ialah SPA kereta yang ditawarkan pada harga RM100," katanya.



Dua pelatih IKM, Alexander Philips (kanan) dan Larry Laway membaiki kenderaan di pusat Inkubator IKM Kota Kinabalu.



Dalam pada itu, katanya, dalam kerja membaik pulih badan kenderaan pihaknya turut menawarkan perkhidmatan mengecat dengan harga berpatutan dari RM750 hingga RM3,800.

Selain itu, katanya, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan mengecat antikarat dari harga RM80 hingga RM120.

"Pelanggan tidak perlu risau dengan kualiti di sini kerana kami mempunyai peralatan yang cukup termasuk bilik mengecat yang canggih, malah harga juga amat berpatutan," katanya.

Seorang pelatih bahagian enjin, Alexander Philips, 23, berkata, peluang menggunakan inkubator itu amat berguna dalam mengasah kemahirannya membaiki kereta.

"Sejurus habis belajar pada 2008 saya terus ke sini dan di sini saya dapat memahirkan diri dengan dibantu oleh pensyarah dan kawan-kawan.

"Di sini juga saya dapat membiasakan diri menggunakan pelbagai peralatan yang lengkap," katanya yang bercita-cita membuka bengkel sendiri.

Larry Laway, 22, pula berkata, penglibatannya dalam inkubator itu telah memberi keyakinan kepadanya untuk berdikari dan membuka bengkel sendiri.

Katanya, hasil tunjuk ajar rakan dan pensyarah membuatkan dia dapat menjalankan kerja dengan baik dan berkualiti.

Bagi Awang Azahari Madrin, 20, selain memahirkan lagi kebolehannya membaik pulih badan kenderaan peluang tersebut digunakan untuk mengumpul modal.

Katanya, pada masa ini dia dan rakannya tidak putus-putus menerima kereta untuk dibaik pulih dan dicat.

"Adalah mustahil bagi saya terus membina bengkel mengecat kereta kerana kos bagi membeli peralatan khususnya bilik cat agak mahal.

"Jadi di sini saya juga mengumpul modal sedikit demi sedikit bagi membuka bengkel sendiri," katanya.

Sesiapa yang berminat untuk membaiki kenderaan bolehlah terus berkunjung ke IKM Kota Kinabalu atau mendapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi laman web http://www.ikmkk.com/.


SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Tuesday, October 12, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

8.10.2010 bersamaan 29 Syawal, Pejabat MARA Daerah Sepang telah mengadakan jamuan hari raya yang bermula tengahari sehingga pukul 5 petang. Terima kasih kepada tetamu yang hadir. Ini adalah sebahagian memori yang sempat dirakamkan.


Sate. Istimewa dari Seremban.


Lauk untuk nasi beriani.
Untuk tempahan boleh hubungi Pak Wan di talian 016-235 0432
Atau kunjungi restoran SRI SIANTAN di Cyber Valley Dengkil.


Pencuci mulut adalah tembikai susu.

Nasi himpit sedap dimakan bersama sate dan kuah kacang.


Sate.


Cik Siti Rosezaimah dan Puan Noor, MARA Sepang


Cik Habibah, MARA Sepang


Puan Salmi, MARA Sepang



Antara tetamu yang hadir.



Dari kiri: En Noru (PMD Kajang), En Naim (PPMD Kajang),
Cik Rosezaimah (PMD Sepang), En Rosdi (PMD Kuala Langat).


Berakhir sudah Syawal, maaf dipinta andai ada tersalah bahasa, terguris hati.