No 6, Jalan ST 1C/4, Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor
Pages
▼
Friday, October 7, 2011
Wednesday, August 10, 2011
PROGRAM MENCARI RAKAN STRATEGIK PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI HERBA DAN PRODUK MAKANAN KESIHATAN SEMPENA INTERFOOD INDONESIA 2011 DI JAKARTA DARI 29 SEPTEMBER - 2 OKTOBER 2011
PERHATIAN KEPADA USAHAWAN-USAHAWAN NEGERI SELANGOR,DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI SELANGOR AKAN MENGADAKAN LAWATAN SEPERTI BERIKUT :-
PROGRAM:
MENCARI RAKAN STRATEGIK PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI HERBA DAN PRODUK MAKANAN KESIHATAN SEMPENA INTERFOOD INDONESIA 2011
TARIKH:
29 SEPTEMBER HINGGA 2 OKTOBER 20011
TEMPAT:
JAKARTA,INDONESIA
KOS:
RM1.880 SEORANG UNTUK TWIN SHARING , RM2,280 SEORANG UNTUK SINGLE (TERMASUK KOS PENERBANGAN PERGI BALIK KL – JAKARTA, PENGINAPAN,MAKAN MINUM,PAS MEMASUKI EKSPO & ACARA – ACARA YANG TELAH DITETAPKAN
SASARAN:
USAHAWAN BIDANG PERTANIAN,INDUSTRI ASAS TANI,PEGUSAHA HERBA & MAKANAN KESIHATAN, SYARIKAT BIOTEKNOLOGI, SYT PENGELUAR INDUSTRI PEMAKANAN KESIHATAN,PENGELUAR INDUSTRI MAKANAN & BAKERY,PEMILIK RESTOREN & HOTEL,PERKHIDMATAN MAKANAN
ATURCARA:
MAJLIS TAKLIMAT BERSAMA BADAN PENILAIAN OBAT & HEALTH,PADANAN PERNIAGAAN DENGAN PENGUSAHA INDONESIA.
BERMINAT SILA HUBUNGI DI TALIAN:
- 03-551337579/03-55132103/03-55194033
MAZINA,ANNAS,KHAIRUL,FIRDAUS & MISLINA
Tuesday, August 9, 2011
Friday, June 3, 2011
Tawaran Mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan
Kami akan mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan pada 15 - 17 November 2011 (Selasa - Khamis) bertempat di Pusat Inkubator SIRIM, Sepang. Kursus ini terbuka kepada usahawan-usahawan bumiputera yang telah menjalankan perniagaan serta peserta daripada Kursus Asas Perniagaan. Yuran komitmen yang dikenakan adalah RM130.00 seorang (termasuk nota dan 3 kali makan/minum sepanjang kursus). Sekiranya berminat, sila hubungi Pejabat MARA Daerah Sepang di talian 03-87063351 / 87060781.
Premis Perniagaan Untuk Disewa
Terdapat 2 unit premis perniagaan MARA iaitu No. 16-2 dan No.16-3 di CyberValley, Dengkil untuk di sewa kepada usahawan-usahawan bumiputera yang berminat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat MARA Daerah Sepang di talian 03-87063351 / 87060781.
Tawaran Mengikuti Kursus Asas Perniagaan
Kami akan mengadakan Kursus Asas Perniagaan pada 18 - 20 Oktober 2011 (Selasa - Khamis) bertempat di Pusat Inkubator SIRIM, Sepang. Yuran penyertaan hanya RM130.00 seorang (termasuk nota dan 3 kali makan/minum sepanjang kursus). Kursus ini terbuka kepada usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan serta mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Kepada yang berminat, sila hubungi Pejabat MARA Daerah Sepang di talian 03-87069951 / 03-87060781.
Tuesday, May 3, 2011
Terima Kasih Pn NoorJemaah binti Saparudin dan Nur Liana binti Mohd Noh
Tahniah kepada Noor (nama manja) yang telah di lantik ke jawatan tetap Pembantu Tadbir di Bahagian Penganjuran Pelajaran, Ibu Pejabat MARA. Banyak khidmat dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang 4 tahun berkhidmat di Pejabat MARA Daerah Sepang. Majlis meraikan perlantikan ini telah di sambut pada 15 April 2011 di Pejabat MARA Negeri Selangor. Semoga perkhidmatan beliau lebih cemerlang dan cepat naik pangkat!! :)
Bagi ucapan perpisahan tanpa teks :) |
Bersama Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor, Tn Hj Mhd Yatim b Hassan |
Pn Noor dan Lea (pelajar praktikal) |
Di samping hadiah-hadiah yang diterima semasa majlis perpisahan di Anggerik Mall, Shah Alam |
Tahniah juga kepada Nur Liana bt Mohd Noh yang telah menamatkan latihan praktikal di Pejabat MARA Daerah Sepang. Semoga banyak ilmu yang diperolehi untuk bekalan bila berada di dalam alam pekerjaan sebenar.
Untuk Noor, Beeb (tahniah juga walaupun dah basi sikit) dan Lea, kami doakan kejayaan anda semua di dalam kerjaya. Ada masa singgah-singgahlah di pejabat kami yang kini tinggal 3 staf saja. En Hashim mesti seronok :) .
Friday, April 8, 2011
Thursday, April 7, 2011
Makan-makan Bersama Habibah @ Beeb
Beeb datang jemput kami di ofis....
Tempat dituju... orang yang nak belanja ajak datang sini...
kami ikut jeee.....
Posing-posing sebelum makan
Mula-mula makan appetizer dulu.. yummiiiii...
selesai sudah ice cream....
tengah tunggu menu utama tak sampai lagi....
minum dulu... lambat sangat makanan nak sampai....
Lea kata "jemput makan"
orang yang belanja nak makan...
((apple kasturi))
yummiii...
memang best!!!
selesai sudah ..... terima kasih buat cik beeb sebab
ajak kami makan.. bersambung next month okay!!!