Wednesday, March 30, 2011

TAWARAN MENYERTAI PAMERAN SEMPENA KARNIVAL INOVASI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2011.

Karnival anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yayasan Inovasi Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan diadakan:

Tarikh: 2 - 5 Jun 2011
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Masjid Negara / Kompleks Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Peluang kepada usahawan-usahawan untuk menyertai KII 2011 sebagai Peserta Pameran. Pengesahan penyertaan dan bayaran yang dibuat sebelum 30 April 2011 akan melayakkan menerima diskaun:

  Pakej :Shell Scheme Booth  (10'x10')        
  Harga seunit :RM 3,300.00                                     
  Diskaun :RM 500.00                                       
  Harga selepas diskaun :RM 2,800.00         
                        
  Pakej :Khemah Arabian (10'x10')
  Harga seunit :RM 2,500.00  
  Diskaun :RM 500.00
  Harga selepas diskaun :RM 2,500.00

Borang untuk tempahan booth boleh didapati di Pejabat MARA Sepang. Jika ada pertanyaan boleh melayari http://www.ippj.com.my/ atau menghubungi:
  1. Halimahton Hj. Ismail     019-7023834
  2. Nursalimah Sabtu           017-2532303
  3. Suhana Jaya                   017-7315260

Tuesday, March 29, 2011

Hari Mengecat Pejabat MARA Daerah Sepang

Sebelum aktiviti mengecat dijalankan.

Keadaan bilik pegawai sebelum aktiviti mengecat.

Keadaan bilik penolong pegawai sebelum aktiviti mengecat dijalankan.

 
Semasa aktiviti mengecat dijalankan.


Amir Redzuan, Fakhirin, Raja Shahrizal dan pelajar praktikal dari IKM
sedang mengecat bahagian kaunter hadapan. 

Aktiviti mengecat diteruskan sehingga ke petang.

Raja Shahrizal sedang meneliti keadaan bilik pegawai,
sambil diperhatikan oleh pelajar praktikalnya.

Aktiviti mengecat bilik pegawai dan penolong pegawai diteruskan.


Noor dan Lea, pelajar praktikal MARA Sepang,
sedang mengemas stor.


Aktiviti mengemas ruang hadapan kaunter
selepas cat kering.

Keadaan bilik mesyuarat semase aktiviti mengecat dijalankan.

Selepas selesai proses pengecatan di Pejabat MARA Sepang.



Keadaan bilik Pegawai MARA Sepang (Cik Siti Rosezaimah)
selepas aktiviti mengecat.



Keadaan bilik Penolong Pegawai MARA Sepang (En.Nur Hashim)

selepas aktiviti mengecat.

Ruang depan kaunter bayaran.

Monday, March 7, 2011

UJIAN PSIKOMETRI

KEPADA USAHAWAN
YANG INGIN MEMOHON PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
PERLU MENGAMBIL UJIAN PSIKOMETRI TERLEBIH DAHULU.
BAYARAN ADALAH SEBANYAK RM80.00 SAHAJA.
USAHAWAN PERLU MENJAWAB 180 SOALAN
DALAM MASA 45 MINIT. HANYA USAHAWAN
YANG BERJAYA SAHAJA BOLEH MEMOHON PEMBIAYAAN
MARA. JIKA GAGAL, UJIAN BOLEH DIAMBIL SEMULA
SELEPAS ENAM BULAN.


Saturday, March 5, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa SESI JULAI 2011 KINI DIBUKA

TAWARAN PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN KE IPMa SESI JULAI 2011 AKAN DIBUKA MULAI 21 FEBRUARI HINGGA 15 APRIL 2011. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI NOMBOR-NOMBOR BERIKUT:


KPM 03-2691 5111, SAMB: 1736, 1744

UniKL 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027

GMI 03-8921 9047 / 9288

KKTM 03-2691 5111, SAMB: 3469, 3480, 3962

KPTM 03-9281 0762 / 9285 6033


Sila klik DI SINI untuk menyemak iklan berkaitan kemasukan ke IPMa sesi Julai 2011.

Harian Metro | MRSM, IKM PERINTIS TUTOR iLMS

PUTRAJAYA: Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan satu Institut Kemahiran Mara (IKM) dijadikan perintis pelaksanaan projek 2-pembelajaran dikenali Tutor Intelligent Learning Management System (Tutor iLMS).

MRSM berkenaan termasuk Merbok (Kedah); Felda Trolak (Perak); Kota Putra, Besut (Terengganu) dan Pekan (Pahang) serta IKM Sungai Petani (Kedah).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, projek perintis sudah dijalankan di kelima-lima pusat berkenaan dan ia dijangka dapat dilaksanakan mulai tahun depan.

“Kita memberi enam bulan kepada pelajar untuk melihat keberkesanan pelaksanaan sistem terbabit dan saya percaya ia dapat dilaksanakan menjelang tahun depan.

“Berdasarkan maklum balas setakat ini, kami dapati 92 peratus pelajar ingin menggunakan semula aplikasi berkenaan kerana ia mampu memendekkan tempoh pembelajaran dan ia lebih menyeronokkan selain tidak terikat dengan pembelajaran di dalam sekolah,” katanya selepas pelancaran Tutor iLMS di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.