Tuesday, May 3, 2011

Terima Kasih Pn NoorJemaah binti Saparudin dan Nur Liana binti Mohd Noh

Tahniah kepada Noor (nama manja) yang telah di lantik ke jawatan tetap Pembantu Tadbir di Bahagian Penganjuran Pelajaran, Ibu Pejabat MARA. Banyak khidmat dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang 4 tahun berkhidmat di Pejabat MARA Daerah Sepang. Majlis meraikan perlantikan ini telah di sambut pada 15 April 2011 di Pejabat MARA Negeri Selangor. Semoga perkhidmatan beliau lebih cemerlang dan cepat naik pangkat!! :)



Bagi ucapan perpisahan tanpa teks :)

Bersama Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor, Tn Hj Mhd Yatim b Hassan

Pn Noor dan Lea (pelajar praktikal)

Di samping hadiah-hadiah yang diterima semasa majlis perpisahan di Anggerik Mall, Shah Alam


Tahniah juga kepada Nur Liana bt Mohd Noh yang telah menamatkan latihan praktikal di Pejabat MARA Daerah Sepang. Semoga banyak ilmu yang diperolehi untuk bekalan bila berada di dalam alam pekerjaan sebenar.

Untuk Noor, Beeb (tahniah juga walaupun dah basi sikit) dan Lea, kami doakan kejayaan anda semua di dalam kerjaya. Ada masa singgah-singgahlah di pejabat kami yang kini tinggal 3 staf saja. En Hashim mesti seronok :) .