PEMBAYARAN BALIK PEMBIAYAAN

CARA-CARA BAYARAN

Tunai
Bayaran tunai boleh dibuat di:-

  • Kaunter bayaran Bahagian Kawalan Kredit (BKK), Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur
  • Kaunter Bayaran, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur
  • Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berhampiran
  • Pejabat pos berkomputer di seluruh negara (Lengkapkan slip bayaran MARA di kaunter pejabat pos)

 * Pastikan resit rasmi MARA diterima sekiranya bayaran dibuat di pejabat MARA

Kemudahan Bank
Bayaran balik menggunakan kemudahan bank adalah:-
  • Kaunter Bank: Bayaran Tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) / Bayaran Tunai & Debit Akaun Bank Pengguna di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / EON Bank Group / Bank Rakyat
  • Perbankan Internet - Malayan Banking Berhad (Maybank2u) / Bumiputera-Commerce Bank Bhd (CIMB) / Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Public Bank Berhad / RHB Bank / Bank Rakyat / Ambank
  • ATM - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Bank Rakyat
  • SMS - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • Perbankan internet melalui telefon mudahalih (M3G) - Malayan Banking Berhad

 Apa yang perlu anda lakukan?
 
Kaunter Bank
BSN, BIMB, EON, Bank Rakyat Lengkapkan Slip Bayaran di kaunter bank BSN/BIMB/EON Bank/Bank Rakyat di cawangan berdekatan untuk membuat bayaran

 
Perbankan Internet
Layari laman web bagi Perbankan Internet berikut untuk membuat bayaran :-

 
1) Maybank2u - http://www.maybank2u.com.my/
2) BIMB - http://www.bankislam.biz/
3) CIMB - http://www.cimbclicks.com.my/
4) Public Bank - http://www.pbebank.com.my/
5) RHB Bank - http://www.rhbbank.com.my/
6) Bank Rakyat – https://www.irakyat.com.my/
7) Ambank – http://www.ambg.com.my/

ATM
  • BIMB
  • Bank Rakyat

 SMS

BIMB Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui SMS BIMB

 
Perbankan Internet melalui telefon mudahalih (M3G)

Maybank: Set muat turun untuk mengaktifkan penggunaan perkhidmatan GPRS/3G. Setkan telefon mudahalih untuk penggunaan perbankan internet melalui telefon mudahalih. Muat turun dan aktifkan M2U Mobile.

   
◦(Panduan terperinci bagi membuat bayaran boleh didapati dari Laman Web MARA http://www.mara.gov.my)

 
Caj bayaran yang akan dikenakan bagi setiap transaksi adalah :-  
  • RM1.00 oleh BSN, BIMB, Maybank, Public Bank, RHB, EON Bank dan Ambank
  • RM0.50 oleh CIMB (BCB) dan Bank Rakyat  
Cek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos

 

Cek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos hendaklah ditulis atas nama “ MAJLIS AMANAH RAKYAT “ dan berpalang. Sila nyatakan Nama, No. Akaun, No. Kad Pengenalan dan Alamat di belakang Cek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos. Bayaran hendaklah dialamatkan terus kepada:-

 

  
Pengarah

Bahagian Kewangan MARA

Tingkat 14, Ibu Pejabat MARA

21, Jalan Raja Laut

Kuala Lumpur

 
Potongan Gaji (Tertakluk kepada persetujuan majikan)

 
Bayaran melalui Potongan Gaji boleh dibuat dengan melengkapkan dan menandatangani Borang Potongan Gaji yang boleh diperolehi dari Bahagian Kawalan Kredit, Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA ATAU cetak borang tersebut di halaman ini.

 
* Borang Bayaran Balik Biasiswa Pinjaman Pelajaran Komputer MARA & Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Bayaran Balik Pinjaman.

 

  
Arahan Bank (Standing Instruction)

 
Tuan/Puan dikehendaki berurusan dengan pihak bank yang berkenaan. Salinan arahan bank hendaklah dikemukakan kepada MARA untuk simpanan dan rekod. Kadar ansuran/ bayaran hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh MARA

 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

 
Tuan/Puan dikehendaki menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengeluaran simpanan KWSP bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan MARA

 
NOTA:-

 
•Semakan Baki dan Penyata Kewangan Pinjaman Pelajaran, Pendahuluan Pinjaman dan Pinjaman Komputer Pelajar secara Online boleh dibuat melalui http://www.mara.gov.my/ebaki1/

 
•Bayaran Pinjaman Kerjaya dan Tuntutan Ganti Notis Perletakan Jawatan (Bekas Kakitangan MARA) hanya boleh dibuat di Pejabat MARA SAHAJA

 
•Sila pastikan tuan/puan menerima resit rasmi MARA selepas membuat bayaran (kecuali bayaran di pejabat pos, bank & internet banking)

 
Nota Penting:

  
1. Sila nyatakan butiran di bawah apabila membuat bayaran:-
 a) Nama
 b) Nol. Akaun/ RancangUsaha (RU)/Penyewa/Gaji
 c) No. Kad Pengenalan
 d) Alamat & telefon

2. Semua penerima kemudahan MARA bertanggungjawab menyelesaikan hutang tanpa menunggu peringatan dari MARA . Bayaran yang diterima seterusnya digunakan untuk membantu generasi akan datang. Tidak seharusnya orang lain menghadapi kesukaran mendapatkan kemudahan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab KITA yang tidak membayar hutang.

 
3. Mereka yang menjadi penjamin kepada peminjam MARA juga bertangungjawab mengesan/mendesak peminjam supaya tidak mengabaikan tanggungjawab.

 
4. Nama peminjam yang engkar akan disiarkan dalam siaran akhbar dan Laman Web MARA