Monday, March 29, 2010

LATIHAN KEMAHIRAN SEPARUH MASA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Giatmara Sepang menawarkan latihan kemahiran separuh masa di mana kursus yang akan diadakan adalah membuat pakaian lelaki dan kemeja korporat.

Kepada yang berminat sila hubungi Giatmara Sepang untuk keterangan lanjut.

Giatmara Sepang
Pekan Salak, 43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan
No Tel: 03- 8706 1357

PERMOHONAN KEMASUKAN KE GIATMARA

PENGAMBILAN PROGRAM LATIHAN KEMASUKAN SEPENUH MASA TAHUN 2010



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Giatmara yang berhampiran.

KURSUS ROTI DAN PASTRI (2)


Pn Noorjema'ah (kanan) sebagai urusetia.
Di sebelah kiri, pembantu Cikgu Zaifur




Satu- satunya peserta lelaki yang menyertai kursus ini,
sedang menunjukkan bakat menguli doh



Peserta bersama pastri yang sedia untuk dimakan!

Salah seorang peserta yang tekun bekerja

KURSUS ROTI DAN PASTRI

TAHNIAH diucapkan kepada para peserta Kursus Pembuatan Roti dan Pastri anjuran Pejabat MARA Daerah Sepang yang diadakan pada 27 Mac 2010 lalu. Alhamdulillah kursus ini telah berjalan dengan lancar dan semua peserta telah memberikan komitmen yang tinggi.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaifur dan pembantunya yang telah mencurahkan ilmu beliau kepada peserta. Terima kasih juga diucapkan kepada urusetia kursus, Cik Siti Rosezaimah dan Pn Noorjema'ah yang bertungkus-lumus demi memastikan kursus berjalan dengan lancar. Turut memberikan kerjasama adalah Giatmara Salak Tinggi.

Sesi suai kenal

Cikgu Zaifur memberi penerangan

Pembuatan Roti Mexico

Antara roti dan pastri yang berjaya dihasilkan

Gelagat peserta

Sempat lagi bergambar

Menyelerakan!

Tart telur dan tart buah- buahan


Friday, March 19, 2010

PREMIS MARA UNTUK DISEWA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Perhatian kepada para peniaga. Pejabat MARA Daerah Sepang menawarkan premis untuk disewa.

Lokasi Premis: Pekan Sungai Pelek, Sepang. Berhadapan dengan Public Bank
Jumlah Kekosongan: 3
Kadar Sewa: RM 150
Cadangan Perniagaan: Makanan dan minuman/ Jualan Jamu dan lain- lain

Antara syarat memohon ialah rakyat Malaysia, bumiputera, mempunyai pendaftaran perniagaan yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin dijalankan di premis tersebut. Kepada para peniaga yang berminat sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

PELAWAAN SEBUTHARGA

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG













Kepada yang berminat, sila hubungi pihak berkenaan seperti yang tertera di bahagian bawah setiap muka surat tersebut.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KPTM


Permohonan dibuka sekarang, untuk kemasukan Julai 2010.

Wednesday, March 10, 2010

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2010


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Tahniah diucapkan kepada semua lepasan SPM 2009 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Apakah perancangan anda selepas ini? Kepada yang masih tercari- cari tempat yang sesuai untuk meneruskan pengajian, pihak MARA akan mengadakan 'Karnival Pendidikan MARA 2010'. Karnival ini akan bermula di peringkat kebangsaan iaitu pada 12- 14 Mac 2010 di PWTC Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pameran pendidikan daripada IPTA, IPTS dan Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Juga disediakan khidmat kaunseling peluang pendidikan dan kerjaya.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah!

Friday, March 5, 2010

TAWARAN KEMASUKAN KE IPMA

PENGAMBILAN SESI JULAI 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perhatian kepada semua lepasan SPM. Anda adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Permohonan dibuka secara online mulai 23 Februari 2010 sehingga 15 April 2010. Jadi janganlah lepaskan peluang untuk menimba ilmu di institusi- institusi pendidikan MARA yang terlibat.

Untuk membuat permohonan sila klik di sini:-
Permohonan ke Institusi Pendidikan MARA

Thursday, March 4, 2010

KURSUS ROTI DAN PASTRI



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Dimaklumkan bahawa kami telah menetapkan tarikh 'Kursus Roti dan Pastri' pada 27hb Mac 2010 bertempat di Pusat Giatmara Sepang.

Kepada semua usahawan yang berminat, anda dialu-alukan untuk menyertai kursus ini. Penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini!!