Wednesday, March 10, 2010

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2010


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Tahniah diucapkan kepada semua lepasan SPM 2009 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Apakah perancangan anda selepas ini? Kepada yang masih tercari- cari tempat yang sesuai untuk meneruskan pengajian, pihak MARA akan mengadakan 'Karnival Pendidikan MARA 2010'. Karnival ini akan bermula di peringkat kebangsaan iaitu pada 12- 14 Mac 2010 di PWTC Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pameran pendidikan daripada IPTA, IPTS dan Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Juga disediakan khidmat kaunseling peluang pendidikan dan kerjaya.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah!

0 comments: