Friday, April 30, 2010

VAKSIN H1N1 UNTUK GOLONGAN HIDAP PENYAKIT BERISIKO

PUTRAJAYA: Jumlah 81 kematian terkini yang dikaitkan dengan virus Influenza A (H1N1) menuntut warga tempatan yang menghidap penyakit berisiko mendapatkan pelalian vaksin H1N1 di 104 kemudahan Kementerian Kesihatan yang disediakan di seluruh negara.

Ini berikutan kementerian menerima dua laporan kematian yang dikaitkan dengan virus maut itu semalam, membabitkan wanita berusia 61 tahun dan lelaki berusia 46 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Mohd Ismail Merican berkata, hanya satu kematian disebabkan jangkitan viruz H1N1, manakala satu kes lagi bukan disebabkan virus berkenaan secara langsung.

Katanya, warga emas berusia 61 tahun yang menghidap beberapa faktor risiko penyakit jantung (ischaemic heart disease) dan diabetes melilitus dan hypertension dimasukkan ke HSNZ pada 23 April lalu selepas mengalami masalah pernafasan sebelum meninggal dunia keesokannya.

“Hasil perbincangan dengan pakar mengesahkan kematian warga emas disebabkan virus H1N1.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 46 tahun berisiko penyakit jantung (dilated cardiomyopath) dan hypertension yang dimasukkan ke hospital sama, pada 22 April lalu dan meninggal dunia keesokannya tidak disebabkan virus H1N1 secara langsung.

“Memang kes kedua disahkan positif jangkitan virus H1N1, tetapi pakar kemudian mengesahkan kematiannya disebabkan komplikasi akibat radang paru-paru dan sepsis jangkitan bakteria,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, sehingga hari ini (semalam), kementerian menerima tiga laporan kluster penyakit serupa Influenza A (ILI) di dua negeri.

Beliau berkata, sehingga kini, 80 kes disahkan H1N1 dilaporkan dan menjadikan jumlah kes itu meningkat kepada 13,602.

0 comments: