Wednesday, July 28, 2010

KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN INSTALLER IBS (TOT)

TAHNIAH diucapkan kepada para peserta Kursus Latihan Kemahiran Installer IBS:  Sistem Kerangka Keluli (Kekuda Keluli) Train of Trainer diadakan pada 18- 23 Julai 2010.


Taklimat kursus dan sesi suai kenal


Ceramah: Kad Hijau oleh En. Ayob dari CIDB

Ujian SKK bertempat di Rolfom Innovation Sdn Bhd, Nilai 3




Penilaian ujian SKK oleh En. Ishak dari CIDB

Ucapan penutup oleh PPMD Sepang, En Shah

Majlis Penyampaian Sijil

Tuesday, July 20, 2010

KOLEJ POLY-TECH MARA: PANGGILAN TERAKHIR KEMASUKAN JULAI 2010

Pendaftaran Terbuka akan dijalankan pada :


Tarikh : 18 - 26 Julai 2010
Masa : 8.30 pg - 5.30 ptg
Lokasi : Semua Kampus Cawangan KPTM termasuk Kuala Lumpur


Tarikh: 21 Julai 2010
Masa: 9.00 pg - 4.30 ptg
Lokasi:
1) Pejabat Mara Negeri Melaka
2) Pejabat Mara Negeri Perlis
3) Pejabat Mara Negeri Terengganu
4) Pejabat Mara Negeri Johor
5) Pejabat Mara Daerah Temerloh
6) Pejabat Mara Daerah Seberang Prai Tengah (Bukit Mertajam)

Monday, July 19, 2010

KURSUS ASAS PERNIAGAAN: PENDAFTARAN KINI DIBUKA

Tuesday, July 13, 2010

KURSUS PEMASARAN STRATEGIK

PERMOHONAN TERBUKA: PENGAMBILAN SESI JULAI 2010

Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.



Monday, July 12, 2010

Utusan Online | LAUTAN BUNGA DI PUTRAJAYA

Oleh THOMAS CHONG
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 11 Julai - Bunga merupakan tumbuh-tumbuhan yang begitu sinonim dengan kaum wanita sehingga kita sering menggunakan perumpamaan seindah bunga untuk menggambarkan gadis berwajah cantik.

Peminat bunga-bungaan bagaimanapun tidak terhad kepada wanita sahaja. Kecantikan semula jadinya turut menawan hati lelaki mahupun kanak-kanak.

Seperti diduga, festival bunga dan taman Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Floria Putrarajaya 2010 yang dianjurkan buat kali ketiga telah menarik kunjungan pelawat pelbagai lingkungan umur dari dalam dan luar negara.

Festival itu telah mengubah wajah tapak Monumen Alaf Baru di pesisiran tasik Presint 2, Putrajaya kepada lautan bunga yang semestinya memukau setiap peminat bunga.

Keharuman bunga yang boleh dihidu dari jauh seakan-akan mengalu-alukan kedatangan setiap orang ke festival ini.

Melangkah masuk ke tapak festival, pengunjungnya pasti terpegun dengan keindahan 400,000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga yang disusun dan dipamerkan menggunakan pelbagai cara yang menarik.

Destinasi yang tidak boleh terlepas ketika melawat festival ini ialah astaka flora dalaman yang mempamerkan bunga dalam pelbagai tema seperti Taman Heliconia Eksotik, Taman Antarabangsa, Taman Cahaya Senja, Arca Bunga dan Dinding Bunga.

Floria Putrajaya turut menampilkan kreativiti peserta dalam gubahan bunga-bungaan hidup.

Turut dipamerkan hasil rekaan dan gubahan oleh pemenang anugerah United Kingdom, Australia, Jepun, Kanada, Taiwan, Belanda, New Zealand, Indonesia dan Serbia.

Setelah penat melihat bunga berwarna-warni, eloklah rehatkan mata dengan menikmati kehijauan pokok-pokok bonsai yang semestinya menarik perhatian peminat aktiviti perkebunan.

Floria 2010 bertemakan keindahan tropika yang menggambarkan kecantikan alam semula jadi yang diceriakan dengan pelbagai bunga-bungaan tropika yang unik, berwarna-warni dan menarik dengan disusun secara kreatif dengan suasana landskap dalam taman.

Festival tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam aspek landskap, hortikultur dan perkebunan.

Ia turut membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia khususnya Putrajaya sebagai lokasi festival taman dan bunga antarabangsa terulung.

Seorang pengunjung, Zanaria Mislah, 36, berkata, ini merupakan kunjungan ketiganya ke Floria Putrajaya sejak 2007.

''Saya dan keluarga saya tidak pernah terlepas untuk mengunjungi Floria Putrajaya sejak ia diadakan buat pertama kalinya pada 2007.

Gubahan bunga berbentuk 1Malaysia yang dipamerkan oleh Syarikat Bright Mark turut menjadi tarikan pengunjung yang melawat Floria Putrajaya 2010.

''Saya datang bersama suami dan anak-anak, festival ini sememangnya sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga tidak kira yang tua atau muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bagi Siti Fathiyah Othman, 27, pula, ini merupakan kunjungan kali pertamanya ke Floria Putrajaya.

''Sebagai wanita, saya memang tertarik dengan keindahan bunga yang dipamerkan di sini.

''Festival ini amat menarik, saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi Floria Putrajaya yang diadakan pada masa depan," katanya.

Floria Putrajaya diadakan selama sembilan hari sehingga 18 Julai ini.

Ia dibuka secara percuma kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 10 malam setiap Isnin hingga Khamis dan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.


SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Thursday, July 8, 2010

Utusan Online | MRSM FELDA DI TROLAK TERBESAR DAN TERMODEN - NAJIB

TANJUNG MALIM 7 Julai - Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak, di Trolak dekat sini merupakan MRSM termoden dan terbesar pernah dibina, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, institusi pendidikan pertama di tanah rancangan Felda itu bernilai RM123 juta dan ia jauh lebih mahal berbanding kos pembinaan MRSM lain iaitu sekitar RM80 juta.

"Sebanyak 80 peratus daripada pelajar di MRSMF ini merupakan anak peneroka dan tempat ini akan dijadikan pusat program pembelajaran 'International Baccalaureate' (IB) untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"IB merupakan peperiksaan peringkat global dan ia akan memberi peluang kepada anak-anak peneroka Felda menjadi pelaku global," katanya pada majlis perasmian MRSMF Kampus Tun Abdul Razak dekat sini hari ini.

Pembinaan MRSMF yang merupakan maktab ke-37 Mara adalah atas cetusan minda Perdana Menteri sendiri.

Ekoran saranan Najib itu, termeterai Perjanjian Kerjasama Antara Mara dan Felda pada 30 Mac 2007 dan MRSMF itu merupakan MRSM kelima dibina di Perak.

MRSMF Kampus Tun Abdul Razak dibina di atas tanah seluas 25 hektar dan siap sepenuhnya pada 2009. Pengambilan pertama 200 pelajar perintis dibuat pada 2008 yang ditempatkan sementara di beberapa MRSM lain.

Institusi pendidikan itu dilengkapi pelbagai kemudahan serba moden bertaraf universiti termasuk dewan kuliah, dewan besar, dewan makan, makmal, blok kediaman pelajar, perpustakaan, mini stadium dan surau.

Kewujudan MRSMF Kampus Tun Abdul Razak merupakan satu lagi mercu tanda kebanggaan lebih 1.6 juta warga Felda di seluruh negara.


SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Wednesday, July 7, 2010

TAWARAN LAWATAN KE KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM. Tawaran kepada semua usahawan bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan. Pusat Usahawan MARA Negeri Selangor akan mengadakan lawatan perniagaan ke Kelantan.
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah networking dan mengesan peluang perniagaan di Kelantan. Turut mengadakan lawatan ke premis perniagaan usahawan- usahawan yang berjaya di sana.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jika berminat sila hubungi kami secepat mungkin kerana tempat adalah terhad!!

Tuesday, July 6, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT BAGI PARLIMEN SEPANG

SABTU 3 JULAI 2010, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang telah berlangsung dengan jayanya program Juara Rakyat. Terima kasih kepada kakitangan yang terlibat menjayakan booth MARA dan penghargaan kepada Encik Fauzi dari German Malaysian Institute (GMI) dan juga Encik Idris dari UniKL MIAT yang banyak membantu kami.

Selain Pejabat MARA Daerah Sepang, program selama satu hari ini turut disertai oleh beberapa agensi lain seperti TEKUN, PEJABAT KESIHATAN, IKHLAS, GIATMARA, TM NET, JOBS MALAYSIA, SPR dan beberapa agensi yang lain.

Lebih menarik apabila program ini dimuatkan dengan pelbagai kursus yang menarik daripada Giatmara. Antara kursus yang dijalankan adalah kursus jahitan langsir, jahitan manik, sulaman reben, pembuatan sate, membaiki motosikal, mengecat kenderaan, asas memotong rambut lelaki/ wanita, ukiran buah, asas solekan, membaiki kasut, pembuatan kuih tradisional, pembuatan mexican bun dan banyak lagi. Pada masa yang sama, seminar untuk para pelajar dari sekolah sekitar Sepang dan beberapa sesi forum turut diadakan.

 Booth MARA dan Giatmara
En Fauzi dari GMI
En Idris dari Unikl MIAT
Kursus Memotong Rambut Lelaki/ Wanita
Kursus Membaiki Kasut
Kursus Pembuatan Kuih Tradisional
Kursus Sulaman Reben
Kursus Jahitan Manik
Kursus Jahitan Langsir
Kursus Membuat Sate
Pegawai MARA Daerah Sepang ditemuramah oleh Dj yang bertugas

Thursday, July 1, 2010

Berita Harian Online | USAH PERSOAL BIASISWA KHAS PELAJAR MELAYU

PEMBERIAN biasiswa khas untuk pelajar Melayu melalui agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak, termasuk rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Bagaimanapun, kriteria untuk seseorang pelajar mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diagihkan kepada pelajar berbilang kaum di negara ini perlu dikekalkan. “Peruntukan biasiswa untuk orang Melayu melalui agensi seperti MARA tidak boleh dipersoalkan mana-mana pihak, malah tidak ada sesiapa boleh bandingkan biasiswa JPA dan MARA kerana tindakan itu seolah-olah mempersoalkan Perlembagaan. “Pihak yang mempertikaikannya mungkin mempunyai agenda tersembunyi, malah tindakan ini seolah-olah mempertikai hak istimewa orang Melayu serta memperkecilkan Perlembagaan negara.

“Jika ada pelajar bukan Melayu tidak mendapat biasiswa JPA, jangan dijadikan asas menuduh kerajaan bertindak tidak adil, kerana pada masa sama, ada pelajar Melayu yang cemerlang juga tidak mendapat biasiswa berkenaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Dalam isu berasingan, Dr Puad berkata, beliau akan mengemukakan usul mengenai pembinaan jambatan kedua di Johor, seperti yang pernah dirancang kerajaan sebelum ini pada mesyuarat UMNO Bahagian Batu Pahat, yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


SUMBER DARI: BERITA HARIAN ONLINE