Thursday, September 2, 2010

Berita Harian Online | MARA TAK TERBABIT TERNAKAN BERKELOMPOK

MERUJUK laporan disiarkan di akhbar ini pada 18 Ogos lalu, MARA ingin membuat penjelasan berhubung isu itu.

Dimaklumkan program ternakan berkelompok itu dijalankan secara persendirian oleh syarikat terbabit (Hidayyah Management Sdn Bhd) dan MARA tidak ada kaitan dengan program dinyatakan. Difahamkan syarikat menggunakan saluran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) untuk mendapatkan sokongan terhadap program yang dianjurkan. Berdasarkan rekod, peserta program ini ada mengemukakan permohonan pembiayaan RM10,000 daripada MARA dan TEKUN.

Bagaimanapun, tiada kelulusan dikeluarkan oleh MARA bagi pembiayaan ini. MARA menangguhkan pembiayaan pertanian melalui Surat Arahan Pembiayaan Perniagaan MARA Bil 3/2009 pada 18 Februari 2009.

Menjadi tanggungjawab untuk memberikan kefahaman jelas kepada pelanggan berhubung kemudahan dan program dianjurkan oleh MARA.

Kami menasihati orang ramai mendapatkan pengesahan MARA sebelum terbabit program dianjurkan syarikat persendirian bagi mengelak penipuan.

HASNI SULEIMAN,
Pengarah Hal Ehwal
Korporat bp

0 comments: