KOTA KINABALU 14 Okt. - Pusat Inkubator Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu amat signifikan dalam membantu melahirkan tenaga mahir terlatih di kalangan golongan muda bumiputera.
Pengarah IKM Kota Kinabalu, Kamaruzdzaman Md. Ali berkata, pusat berkenaan juga telah banyak membantu melahirkan usahawan bumiputera di negeri ini.
"Seperti yang kita maklum, IKM melahirkan pelajar yang terlatih di dalam bidang teknikal dan juga keusahawanan.
"Jadi dalam melahirkan usahawan, Pusat Inkubator IKM Kota Kinabalu menyediakan kemudahan kepada lepasan pelatih untuk menjalankan perniagaan dalam bidang teknikal," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, melalui inkubator tersebut, pihaknya menyediakan peralatan yang lengkap untuk kegunaan pelatih.
Selain itu katanya, para pelatih juga akan mendapat tunjuk ajar dan bantuan daripada pensyarah IKM.
Beliau memberitahu, melalui program itu pelatih tidak dikenakan apa-apa bayaran bagi menggunakan peralatan disediakan IKM.
"Mereka cuma perlu beli bahan alat ganti seperti penapis minyak, minyak enjin dan sebagainya.
"Malah pelatih akan mendapat pendapatan melalui bayaran perkhidmatan yang dibayar pelanggan," katanya.
Sementara itu, beliau berharap kewujudan pusat itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelatih dalam melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.
Justeru katanya, peranan pusat itu akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.
SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE
SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE
0 comments:
Post a Comment