Friday, November 19, 2010

PENGAMBILAN PESERTA KURSUS PROGRAM LATIHAN LUAR INSTITUT



Sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas


SYARAT- SYARAT AM PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
2. Berumur diantara 18 tahun hingga 45 tahun
3. Boleh menulis dan membaca Bahasa Melayu/ Inggeris
4. Berminat menjadi Usahawan atau bekerja dengan Syarikat
     Swasta


CARA MEMOHON

1. Mengisi borang permohonan mengikuti kursus luar yang boleh
     di perolehi di Unit Latihan Luar Institut, Tingkat 20, Ibu Pejabat
     MARA, Jalan Raja Laut atau;

2. Menghantar surat permohonan beserta maklumat peribadi yang
     lengkap seperti jenis kursus yang dipohon, nama penuh, alamat,
     no. kad pengenalan dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

3. Sebarang pertanyaan dan permohonan kursus sila hubungi
     SEGERA Penyelaras Kursus di talian 03 -26915111 sambungan
     3458/3520/1486 dan 3780 dengan pegawai seperti berikut:-

> Encik Abd Walid Bin Abd Hamid
   (019 – 3506574 / email : awalid@mara.gov.my)
> Puan Rohaya Bt. Ismail
   (016 - 9152887 / email : rohayai@mara.gov.my)
> Encik Hariri Bin Yahya
   (017 - 3461674 / email : hariri@mara.gov.my)
> Encik Shaharuddin Bin Nordin
   (012–9212716/ email : shaharuddin@mara.gov.my)
> Encik Zamri Bin Ali
   (013 – 9237801 / email : zamrial@mail.mara.gov.my)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 November 2010

Thursday, November 18, 2010

GIATMARA: PENGAMBILAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SEPENUH MASA TAHUN 2011

KEMASUKAN KE GIATMARA SELURUH MALAYSIA

PENGAMBILAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SEPENUH MASA TAHUN 2011

Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui :
1. Muat turun di laman web http://www.giatmara.edu.my/
2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran
3. Hubungi Pejabat GiatMARA Negeri.

Untuk mengetahui kursus- kursus yang ditawarkan,
sila klik di sini


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Jabatan Pembangunan Pelatih
GIATMARA Malaysia, Tingkat 4, Bangunan Medan MARA
21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel : +603-2691 5111 samb 3402
Fax : +603-2691 0249
E-mail : pel@giatmara.edu.my

Wednesday, November 10, 2010

Utusan Online | TRADISI MI SEGERA DI KOLEJ

Biarpun mi segera dalam cawan lebih mudah disediakan,
namun ia juga tidak membekalkan segala nutrisi yang diperlukan tubuh.


HARGANYA yang murah, mudah disediakan dan pelbagai pilihan perasa menjadikan mi segera sebagai hidangan paling popular di kalangan generasi muda terutamanya bagi penuntut di institusi pengajian tinggi.

Biarpun pelbagai makanan yang 'disegerakan' mengikut arus pemodenan namun sajian ringkas itu terus mendapat tempat di hati pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal di kolej mahupun asrama.

Di saat poket semakin menipis pada hujung semester, mi segera dinikmati bagaikan itulah hidangan yang paling lazat dan digemarinya selama ini.

Apatah lagi di saat genting untuk menyempurnakan tugasan dan membuat persedian menduduki peperiksaan akhir. Pada waktu begitu, majoriti mahasiswa mengambil jalan mudah tetapi bijak dengan memilih mi segera sebagai sajian harian.

Sedar ataupun tidak, tradisi mi segera di kampus bagaikan sudah menjadi resipi turun-temurun yang diwarisi zaman-berzaman sebaik melangkah masuk ke menara gading dan bergelar mahasiswa.

Variasi cara hidangan untuk lebih sihat

Sejak dahulu, mi segera sering meninggalkan imej negatif kepada pengguna terutamanya mahasiswa kerana mengandungi bahan perasa, pengawet, lemak dan kolestrol yang tinggi. Hal ini sememangnya bertentangan dengan amalan diet yang sihat.

Malah, para pengeluar mi segera juga turut mengakui berhadapan dakwaan yang menyatakan penggunaan bahan perisa seperti sodium (garam) sering menjadi punca makanan 'kegemaran' ramai ini tidak mempunyai zat yang secukupnya untuk menjadi makanan berkhasiat.

Oleh itu, para peminat mi segera disarankan mengubah cara penyediaan hidangan tersebut supaya ia lebih berkhasiat dan mengenyangkan.

Cara penyediaan mi segera yang lebih kreatif dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti sayur-sayuran, telur, ayam atau daging mampu melengkapkan zat yang diperlukan oleh tubuh.


SUMBER DARI: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Tuesday, November 9, 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 TAHUN 2011

Pada tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang program Cambridge IGCSE, sila layari laman web MARA.


Untuk menyemak syarat- syarat kelayakan masuk ke MRSM dan cara memohon secara online sila klik di sini


Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi.

Tarik tutup permohonan pada 30 November 2010.

Friday, November 5, 2010

Berita Harian Online | SUMBER MAKANAN SUCI KUKUHKAN KETAKWAAN MUSLIM

Mukmin cari rezeki halal bagi penuhi keperluan keluarga dianggap seperti mujahid, syuhada

ISLAM tidak menyekat umatnya mencari seberapa banyak rezeki di atas muka bumi ini. Cuma Allah memberi peringatan hamba-Nya supaya tidak gelojoh mencari rezeki hingga melanggar batas peraturan ditetapkan agama. Kita dituntut mencari rezeki halal daripada sumber baik dan bersih, bukan harta hasil menipu orang, mencuri, meragut atau rasuah. Islam sama sekali tidak membenarkan mengambil harta orang lain untuk dijadikan harta sendiri. Islam sama sekali tidak mengizinkan umatnya memakan atau membeli makan minum untuk diri sendiri dan keluarga daripada sumber rezeki haram kerana rezeki yang tidak diredai Allah, azab menanti mereka di akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188).

Firman Allah bermaksud: “Hai para Rasul, makanlah daripada makanan yang baik dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Surah Al-Mu’minun, ayat 51).

Menyentuh soal makanan dalam agama, Imam Al-Ghazali mengumpamakan seperti kerangka pada bangunan. Jika kerangka itu kukuh dan kuat, bangunan akan berdiri tegak dan kukuh. Sebaliknya, jika kerangka rapuh dan bengkok, bangunan runtuh dan musnah.

Jelas dilihat betapa pentingnya kedudukan makanan dalam Islam. Makan bukan sekadar memenuhi keperluan tubuh badan, tapi berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang Muslim.

Jika seseorang mengambil makanan daripada sumber halal, adalah diyakini keimanan serta ketakwaannya akan bertambah kukuh, mantap dan kuat. Sebaliknya, jika seseorang itu memakan makanan haram, maka diyakini imannya akan lemah dan akhirnya terhakis daripada hatinya.

Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Baik, Dia tidak menerima selain yang baik-baik, dan sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kepada orang yang beriman apa yang Dia perintahkan kepada para Rasul.”

Rasulullah SAW menjelaskan orang yang mencari rezeki halal untuk memenuhi keperluan keluarganya sama seperti mujahid dan syuhada.

Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa mencari rezeki halal untuk menafkahi keluarganya, ia laksana mujahid (pejuang) di jalan Allah. Barang siapa mencari harta halal untuk menjaga diri dari keharaman, ia berada pada darjat syuhada (orang yang mati syahid).” (Hadis riwayat Muslim).

Jelaslah mencari rezeki halal adalah tuntutan yang harus dipenuhi setiap Muslim. Memakan rezeki daripada sumber halal memberi kesan positif dalam kehidupan seseorang.

Hal ini diungkapkan Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: “Barang siapa memakan makanan halal selama empat puluh hari, nescaya Allah akan menyinari hatinya dan mengalirkan sumber kebijaksanaan dari hatinya ke lidahnya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim).

Sementara bagi mereka yang makan makanan daripada sumber rezeki haram, Ibnu Abbas berkata, “Allah tidak menerima solat seseorang yang dalam perutnya terdapat makanan haram.”

Islam menekankan perkara ini bersandarkan wahyu dan sunnah, seharusnya ia membuka hati Muslim supaya makan makanan halal daripada sumber rezeki halal.

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa tidak peduli dari mana ia memperoleh hartanya, nescaya Allah tidak akan peduli dari pintu mana Dia memasukkannya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Abu Manshur Ad-Dailami).

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, api neraka lebih pantas baginya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi).


SUMBER DARI: BERITA HARIAN ONLINE

Thursday, November 4, 2010

IKLAN PENGAMBILAN PESERTA KURSUS LATIHAN LUAR INSTITUT, BPL (K) MARA

PELUANG MEMBINA KERJAYA DAN MENJANA PENDAPATAN
(KURSUS YURAN PERCUMA HANYA BAYAR
PENDAFTARAN KURSUS RM 50.00 SAHAJA)


Untuk senarai kursus yang ditawarkan sila klik di sini



Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 November 2010

Wednesday, November 3, 2010

TAWARAN MENGHADIRI LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN (LPU)


Sila klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.


Tuesday, November 2, 2010

PELAWAAN SEBUTHARGA KKTM BERANANG


















Monday, November 1, 2010

Utusan Online | IKM RM50j DI TASEK GELUGOR

NOR Mohamed Yakcop menyampaikan bantuan kepada seorang penerima di Majlis Ramah Mesra sempena perayaan Deepavali Parlimen Tasek Gelugor, semalam. Turut hadir, Pengerusi MIC bahagian Tasek Gelugor, B. Subramaniam (kanan). - BERNAMA




BUTTERWORTH 30 Okt. - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta bagi membina Institut Kemahiran Mara (IKM) di Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini yang bakal menjadi mercu tanda baru pembangunan pendidikan di daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Selain itu, sebuah institusi kemahiran dikenali sebagai Politeknik Metro juga akan dibina di kawasan tersebut yang dijangka memberi peluang kepada lebih ramai golongan belia untuk mengikuti kursus-kursus berasaskan kemahiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembinaan kedua-dua institusi itu akan dimulakan awal tahun depan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

''Pembinaan kedua-dua institusi ini akan membuka peluang kepada pelajar-pelajar di daerah ini untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang kemahiran bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

''Ini adalah salah satu bukti komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap kemahiran terutamanya kepada para lepasan sekolah agar mereka tidak hanya bergantung kepada keputusan bersifat akademik semata-mata bagi mendapatkan pekerjaan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Deepavali kepada 600 masyarakat India dari sekitar kawasan tersebut di pekarangan pusat khidmatnya di sini hari ini.

Nor Mohamed memberitahu, kos pembinaan Politeknik Metro adalah lebih rendah iaitu sekitar RM10 hingga RM20 juta memandangkan ia hanya melibatkan pengubahsuaian bangunan kedai sedia ada.