Tuesday, November 9, 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 TAHUN 2011

Pada tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang program Cambridge IGCSE, sila layari laman web MARA.


Untuk menyemak syarat- syarat kelayakan masuk ke MRSM dan cara memohon secara online sila klik di sini


Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi.

Tarik tutup permohonan pada 30 November 2010.

0 comments: