Friday, May 7, 2010

Berita Harian Online | SEMUA HARUS BERTANGGUNGJAWAB

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my




ROSMAH (tengah) bersama Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh (tiga dari kanan) dan Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (tujuh dari kiri) menunjukkan 1Malaysia ketika bergambar bersama pemain dan pegawai skuad Piala Thomas dan Uber 2010 di Bukit Jalil, semalam.Tugas memburu mata bukan hanya digalas Chong Wei seorang: Kien Keat



"TANGGUNGJAWAB menyumbang mata bukan hanya digalas oleh Lee Chong Wei seorang, semua pemain perlu bertanggungjawab. Jika ia hanya tugas Chong Wei seorang, biar dia seorang saja bermain dalam semua perlawanan,” kata pemain beregu, Koo Kien Keat. Dia menegaskan Piala Thomas adalah acara berpasukan yang menuntut semua pemain bertanggungjawab dan berusaha memenangi perlawanan masing-masing untuk membantu kemenangan pasukan. “Jika Chong Wei dan gandingan saya bersama Tan Boon Heong saja diharapkan, kita tidak akan memenangi Piala Thomas. Jadi, semua pemain perlu bersedia memberi persembahan terbaik masing-masing,” katanya.

Beliau mengulas pendapat sesetengah pihak bahawa peluang Malaysia memenangi Piala Thomas bergantung kepada Chong Wei serta gandingannya bersama Boon Heong dan sekira kedua-duanya tewas, harapan Malaysia untuk memenangi piala itu lebur.

Mengikut ranking dunia, Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong adalah pemain perseorangan dan beregu nombor satu dunia. Malaysia akan memulakan kempen pada Piala Thomas menentang Nigeria, Ahad ini, sebelum bertemu Jepun, dua hari kemudian.

Kien Kiat berkata, dia tidak menghiraukan dan memikirkan sangat lawan yang akan ditemui, sebaliknya lebih memfokuskan kepada persiapan diri bagi memastikan lebih bersedia menghadapi setiap lawan.

“Tidak guna kita memikirkan lawan itu atau ini kerana ia akan mengganggu fokus kita. Mereka juga membuat persiapan dan jika kita mahu menewaskan mereka, kita perlu berlatih lebih gigih dan berkali ganda daripada mereka,” katanya.

0 comments: