Monday, May 24, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Berita Harian Online | MAJLIS KHAS PERTINGKAT TARAF LATIHAN VOKASIONAL
Posted by Mara Sepang at 9:09 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Berita Harian Online | PUSAT PENDIDIKAN DIGESA LAHIR GRADUAN BERDIKARI
Posted by Mara Sepang at 9:05 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Monday, May 17, 2010
Friday, May 14, 2010
Utusan Malaysia Online | AYUH! LAWAN CHINA
Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my
__________________________________________________
"Semoga Berjaya Malaysia!!! All the best!! Caiyok~ Aja-aja fighting!! Majulah Sukan Untuk Negara"
__________________________________________________
Posted by Mara Sepang at 10:06 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Berita Harian Online | GENERASI ULUL ALBAB PACU PEMBANGUNAN NEGARA
Golongan perlu dibimbing secara berhikmah supaya taat beribadah, bentuk jati diri mulia
BELIA adalah aset berharga kerana merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepemimpinan masa depan negara. Pada masa ini golongan belia dianggarkan 11.9 juta atau 41.5 peratus daripada keseluruhan 28 juta penduduk negara. Berdasarkan peratusan besar ini dan selari wawasan belia pemacu pembangunan satu ummah dan 1Malaysia, wajarlah golongan ini diasuh, dididik dan dibimbing menjadi generasi belia Ulul Albab. Umumnya generasi belia Ulul Albab merujuk kepada belia yang bertakwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif lagi berupaya menyelamatkan dirinya dari-pada pengaruh hidup budaya berdosa serta mampu menjadi pemangkin supaya orang lain juga berubah ke arah sedemikian.
Kehebatan generasi belia seperti ini menjamin kemakmuran dan kemajuan negara pada masa depan, ia selari tema sambutan Hari Belia Negara tahun, ‘Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara’.
Persoalan besar ialah bagaimana usaha melahirkan generasi belia Ulul Albab. Berdasarkan sejarah Islam, pembabitan pendakwah berjiwa besar memberi sumbangan penting membentuk remaja dan belia Ulul Albab.
Rasulullah selain sebagai pemimpin umat, adalah seorang ketua pendakwah negara yang memberi penekanan khusus membimbing belia sentiasa taat beribadah kepada Allah, berakhlak mulia, menjaga kesihatan akal, kebersihan jasmani yang membawa kepada kesempurnaan peribadi.
Bimbingan ini akan mencorakkan jati diri beramanah dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Hadis riwayat Ahmad)
Pemuda salih adalah individu yang menerima amanah paling baik sehingga kelihatan coraknya pada akhlak mereka. Generasi pemuda salih terus lahir seperti Khulafa’ al-Rasyidin, pemimpin tentera, pemimpin kerajaan di zamannya juga bertindak sebagai pendakwah negara.
Mereka berdakwah, mentarbiah dan temu mesra dengan kumpulan sasar serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat khususnya belia.
Sejarah juga merakamkan kegigihan tentera Islam sejak kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan kepemimpinan awal kerajaan Othmaniah Turki untuk menawan Kota Constantinople (Istanbul) tetapi gagal.
Namun, tampil seorang anak muda iaitu Sultan Kerajaan Othmaniah Turki, Sultan Muhammad Al-Fateh, menghidupkan cahaya dakwah. Dalam usia 21 tahun, baginda berjaya menawan semula Constantinople daripada Rom. Antara penyebab kejayaan itu tertanam kekuatan, pintar dan kreatif.
Kota itu menjadi laluan dan pintu masuk penyebaran Islam di Eropah. Antara kata-kata baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke 53 kepungan untuk menawan Constantinople ialah: “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutilah aku.”
Menurut riwayat, baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak baligh lagi. Demikianlah contoh kepemimpinan pendakwah negara di mana kekuatan rohani tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka sebagai pemimpin.
Corak tingkah laku golongan belia masa kini adalah cerminan masa depan sesebuah negara. Oleh itu, demi membentuk akhlak mulia golongan belia, tugas dakwah membimbing mereka perlu dilaksanakan dengan hikmah.
Jangan dibiarkan api mendekati minyak kerana ia akan menyemarakkan lagi api. Begitu juga penyebaran budaya yang menyemarakkan gelojak nafsu lebih lagi dalam dunia tanpa sempadan dan teknologi mudah diakses.
Ingatlah dan insaflah hawa nafsu dan syahwat adalah ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi golongan remaja dan belia. Jika punca dan tempat menaikkan nafsu tidak dibendung atau ditutup, maka selagi itulah gejala keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa.
Pembabitan dengan penagihan dadah, berzina, pembuangan bayi, minum arak dan gejala sosial lainnya berpunca daripada kegagalan mengawal gelora syahwat dan hawa nafsu yang boleh menjatuhkan kualiti akhlak manusia setaraf binatang.
Firman Allah bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Surah al-Kahfi: 13-14)
Oleh itu, golongan belia perlu memastikan kehidupan di dunia ini mendapat perlindungan Allah kerana antara tujuh golongan dilindungi Allah di akhirat ialah pemuda yang hidup beribadah kepada Allah.
Semoga generasi belia negara sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah seterusnya berjaya memainkan peranannya memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah.
Sumber: Khutbah Online Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Posted by Mara Sepang at 9:49 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Thursday, May 13, 2010
SUDOKU 13.5.10
Jawapan Sudoku 13.5.10 akan disiarkan pada 18.5.2010. Selamat berjaya. Jumpa lagi...
Posted by Mara Sepang at 11:48 AM 0 comments
Labels: kuiz
Wednesday, May 12, 2010
SUDOKU 12.5.10
Selamat menjawab ye...
Posted by Mara Sepang at 9:04 AM 0 comments
Labels: kuiz
Utusan Malaysia Online | 52 PELAJAR MRSM KERACUNAN MAKANAN
KOTA BHARU 11 Mei - Seramai 52 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa kelmarin, akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati hidangan yang disediakan di asrama sehari sebelum itu.
Timbalan Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seramai 102 pelajar lain turut mengadu sakit perut bagaimanapun mereka tidak menerima rawatan kerana kesakitan tersebut hanya sementara.
"Kejadian tersebut disedari oleh beberapa guru sekolah itu selepas ramai pelajar mengadu sakit perut, mengalami muntah-muntah malah segelintir menghidap cirit-birit.
"Mereka kemudiannya segera dikumpulkan untuk dihantar mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Posted by Mara Sepang at 8:58 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Tuesday, May 11, 2010
SUDOKU 11.5.10
Posted by Mara Sepang at 8:26 AM 0 comments
Labels: kuiz
Friday, May 7, 2010
SELAMAT HARI IBU
Posted by Mara Sepang at 11:44 AM 0 comments
Labels: ekstra
JAWAPAN SUDOKU 6.5.10
Posted by Mara Sepang at 10:09 AM 0 comments
Labels: kuiz
MoH | INFLUENZA H1N1: PANDUAN MENILAI TAHAP KESIHATAN DIRI DI RUMAH
Secara amnya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
- Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
- Batuk berdarah atau kahak berdarah
- Sakit dada berterusan
- Cirit-birit atau muntah yang kerap
- Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
- Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
- Rasa pening apabila berdiri
- Kurang kencing
Posted by Mara Sepang at 9:55 AM 0 comments
Labels: ekstra
Berita Harian Online | SEMUA HARUS BERTANGGUNGJAWAB
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
"TANGGUNGJAWAB menyumbang mata bukan hanya digalas oleh Lee Chong Wei seorang, semua pemain perlu bertanggungjawab. Jika ia hanya tugas Chong Wei seorang, biar dia seorang saja bermain dalam semua perlawanan,” kata pemain beregu, Koo Kien Keat. Dia menegaskan Piala Thomas adalah acara berpasukan yang menuntut semua pemain bertanggungjawab dan berusaha memenangi perlawanan masing-masing untuk membantu kemenangan pasukan. “Jika Chong Wei dan gandingan saya bersama Tan Boon Heong saja diharapkan, kita tidak akan memenangi Piala Thomas. Jadi, semua pemain perlu bersedia memberi persembahan terbaik masing-masing,” katanya.
Beliau mengulas pendapat sesetengah pihak bahawa peluang Malaysia memenangi Piala Thomas bergantung kepada Chong Wei serta gandingannya bersama Boon Heong dan sekira kedua-duanya tewas, harapan Malaysia untuk memenangi piala itu lebur.
Mengikut ranking dunia, Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong adalah pemain perseorangan dan beregu nombor satu dunia. Malaysia akan memulakan kempen pada Piala Thomas menentang Nigeria, Ahad ini, sebelum bertemu Jepun, dua hari kemudian.
Kien Kiat berkata, dia tidak menghiraukan dan memikirkan sangat lawan yang akan ditemui, sebaliknya lebih memfokuskan kepada persiapan diri bagi memastikan lebih bersedia menghadapi setiap lawan.
“Tidak guna kita memikirkan lawan itu atau ini kerana ia akan mengganggu fokus kita. Mereka juga membuat persiapan dan jika kita mahu menewaskan mereka, kita perlu berlatih lebih gigih dan berkali ganda daripada mereka,” katanya.
Posted by Mara Sepang at 9:15 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Berita Harian Online | TINJAUAN MESRA, BLOG CARA NAJIB DEKATI RAKYAT
Oleh Faiza Zainudin
bhnews@bharian.com.my
Kaedah PM disenangi, dapat selesai masalah masyarakat
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan terus melakukan tinjauan mesra ke merata tempat di seluruh negara kerana cara itu membolehkannya berhubungan dan mendekati rakyat. Perdana Menteri berkata, selain tinjauan mesra, beliau juga akan terus berhubungan dengan rakyat melalui blognya, laman sosial Facebook dan Twitter.
Najib juga berharap beliau dapat mengadakan sesi minum petang dengan rakan Facebook, selepas sesi pertama sebelum ini berjaya dan berdoa akan ada lebih banyak peluang baginya untuk mengundang ramai rakan Facebook pada masa depan.
“(Melalui tinjauan mesra) bukan saja saya dapat bertemu mereka (rakyat)... saya sendiri boleh melihat keadaan mereka yang sebenarnya. Saya memang merancang tinjauan mesra yang saya adakan dengan harapan apabila saya pergi ke sana, bukan saja bertemu mereka (rakyat) tetapi (saya juga akan dapat) menyelesaikan masalah dan isu setempat mereka.
“Anda boleh meyakini, sebaik saja saya balik ke pejabat, semua isu ini akan mendapat perhatian, malahan saya sering kali mengumumkan beberapa kelulusan penting dari segi peruntukan kewangan supaya semua masalah dapat ditangani sebaik-baiknya,” kata Perdana Menteri dalam rakaman video You Tube melalui laman web beliau http://www.1malaysia.com.my/.
Katanya, tinjauan mesra yang diadakan beliau mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.
Najib menjawab soalan dikemukakan seorang pengunjung laman blog 1Malaysia beliau mengenai tinjauan mesranya.
Menjawab soalan pengunjung lain yang dikenali Denai Hati mengenai agenda memperkasa minda Melayu supaya menjadi minda antarabangsa, Perdana Menteri berkata keupayaan daya saing orang Melayu perlu diperkukuhkan melalui perubahan minda dan sikap supaya mereka dapat bersaing dengan bangsa lain pada peringkat antarabangsa.
“Sebab itulah walaupun kita meneruskan dasar afirmatif, kita akan mentransformasikan pendekatannya untuk membantu dan mem-berikan insentif kepada orang Melayu yang mempunyai potensi untuk maju.
“Dalam erti kata lain, mereka membuktikan kemampuan mereka... kerajaan pula membantu mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar,” katanya.
Posted by Mara Sepang at 9:00 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Thursday, May 6, 2010
SUDOKU 6.5.10
Posted by Mara Sepang at 9:00 AM 1 comments
Labels: kuiz
BURUK SANGKA AMALAN JAHILIAH BOLEH MEMUTUSKAN SILATURAHIM
Posted by Mara Sepang at 8:55 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Wednesday, May 5, 2010
JIWA 1 MALAYSIA
Posted by Mara Sepang at 8:45 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
SKIM CEPAT KAYA BERLELUASA AKIBAT KEJAHILAN PELABUR
Posted by Mara Sepang at 8:43 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Tuesday, May 4, 2010
SUDOKU 5.5.10
Mari layan Sudoku!!
Posted by Mara Sepang at 10:42 AM 0 comments
Labels: kuiz
ASAH MINDA DENGAN SUDOKU
Anda pernah mencuba permainan ini? Seronok bukan? Jom uji minda dengan menjawab Sudoku ini. Selamat mencuba!!
Posted by Mara Sepang at 9:58 AM 0 comments
Labels: kuiz
TELEVISYEN PESAING BUKU: UNGKU AZIZ
KUALA LUMPUR: Televisyen menjadi pesaing utama buku yang menyebabkan masyarakat kini lebih tertumpu kepada program menghiburkan berbanding bahan bacaan sebagai saluran ilmu.
Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, berbeza dengan senario dulu, saluran televisyen masih tidak serancak kini apabila orang ramai disogokkan pelbagai rancangan menarik sepanjang tempoh 24 jam seperti hiburan dan sebagainya. “Dulu boleh dikira stesen televisyen yang ada, sekarang sudah ada kabel TV membuatkan penonton ‘terikat’ malah ada dikalangan mereka rasa membazir jika tidak menonton TV memandangkan segala siaran yang terkandung di dalamnya adalah berbayar.
“Apatah lagi membaca juga tidak dijadikan amalan sejak kecil sehingga seseorang individu itu lebih tertarik kepada televisyen berbanding buku atau bahan bacaan lain,” katanya selepas acara menandatangani buku terbarunya di sini, semalam.
Buku berjudul The Renaissance Man berharga RM50 senaskah itu memaparkan tiga isu utama yang menjadi perhatian ramai iaitu perpaduan nasional, bahasa dan kemiskinan luar bandar.
Mengulas mengenai kempen membaca, beliau berkata sewajarnya setiap kempen memberi fokus kepada golongan sasaran bukan hanya diadakan secara rambang tanpa melihat keberkesanannya.
“Dalam setiap perkara, kita perlu fokus begitu juga dengan kempen membaca. Sebagai contoh, kita perlu menggunakan pendekatan berbeza untuk kanak-kanak luar bandar dengan di bandar kerana lingkungan mereka berlainan,” katanya.
Posted by Mara Sepang at 8:43 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
Monday, May 3, 2010
ISLAM UTAMA KEADILAN TANGANI GEJALA SOSIAL
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
zainul.rijal@abubakar.my
Kes buang bayi, zina berleluasa berkesan diselesai ikut penguatkuasaan hukum syarak
CADANGAN Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara supaya bapa kepada bayi yang dibuang di negara ini dikenakan hukuman kasi bagi mengajar golongan lelaki yang terbabit supaya lebih bertanggungjawab, menarik perhatian saya. Seingat saya cadangan ini bukanlah cadangan baru. Sebelum ini juga, ada cadangan agar lelaki yang mempunyai rekod jenayah seksual dipakaikan cawat besi bagi mengekang hawa nafsu dan naluri lelaki terbabit.
Begitu juga cadangan supaya lelaki yang disabitkan atas jenayah seksual diasingkan di suatu tempat yang jauh daripada wanita.
Semua cadangan di atas dibuat bagi mencari penyelesaian dalam menghadapi gejala sosial dan pembuangan bayi. Hukum yang dicadangkan itu pula tertumpu kepada pesalah yang melakukan kesalahan itu tanpa mengambil kira akar umbi kenapa gejala sedemikian berleluasa.
Memang benar semua hukuman di atas adalah dari sudut logik akal amatlah munasabah bagi mengekang gejala jenayah seksual ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi lelaki yang dikenakan hukuman kasi itu tidak akan dapat melakukan hubungan seksual selepas itu.
Namun kemampuan akal fikiran tidak dapat menjangkau apa yang berada di luar kotak pemikiran seseorang atau apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Itulah sebabnya selain daripada dalil aqli ini, manusia perlu bergantung kepada dalil naqli iaitu apa yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi manusia dan semesta Alam.
Allah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui apa yang tersurat dan juga apa yang tersirat. Kebergantungan kepada hukum Allah ini adalah kewajipan bagi setiap umat Islam.
Di dalam al-Quran, Surah An Nur ayat 1-2 ada menyatakan yang bermaksud:
“Ini adalah satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum yang ada di dalamnya), dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah (rotanlah) tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera (rotan). Dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang yang beriman.”
Oleh yang demikian adalah jelas di dalam Islam hukuman bagi orang yang melakukan perzinaan adalah dirotan 100 kali seperti diperuntukkan di dalam ayat di atas. Namun oleh kerana kita tidak sering merujuk kepada sumber perundangan Islam, muncul pelbagai saranan mengenai penyelesaian sesuatu perkara.
Yang lebih teruk lagi ialah apabila sesuatu perkara itu dirujuk kepada agama, timbul suara-suara yang mempertikaikan peranan agama di dalam mengawal moral atau akhlak manusia. Tidak keterlaluan juga dikatakan, ada sesetengah golongan meletakkan hak asasi manusia pada tempat terlalu tinggi sehingga menjangkaui kedudukan sebenar.
Bukanlah saya ingin mengetepikan hak asasi manusia, namun hak itu perlu diimbangi dengan tanggungjawab manusia khususnya umat Islam sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Berbalik kepada persoalan penyelesaian kemelut pembuangan bayi itu, sudah seharusnya kita berbalik kepada hukum Islam yang menjadi paksi dan jati diri kepada masyarakat Malaysia sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Islam mementingkan keadilan, keadilan di dalam Islam bukan saja diberikan kepada mangsa jenayah, malah juga kepada keluarga mangsa dan pesalah itu sendiri. Mangsa dan keluarga mangsa jenayah umpamanya dalam hal tertentu boleh mendapat ganti rugi atau ‘diyat’ daripada pesalah atau keluarga pesalah, malah kuasa mengampun pesalah juga ada pada mangsa serta keluarga mangsa berbeza dengan undang-undang sivil yang kuasa pengampunan berada di tangan ketua negara.
Sifat hukuman di dalam Islam iaitu mendidik dan menghalang perlakuan jenayah diulangi, berjaya menurunkan kadar jenayah di negara yang mengamalkan undang-undang Islam seperti Arab Saudi. Oleh hal yang demikian amatlah penting bagi kita merenung kembali apakah kaedah penyelesaian yang perlu kita sarankan bagi menangani gejala sosial di negara kita ini.
Dalam menggarap formula menangani gejala seksual yang berleluasa dan masalah sosial yang tidak nampak kesudahannya ini, amatlah penting bagi kita semua memahami bahawa kemampuan akal fikiran manusia adalah terbatas. Janganlah terlalu teruja dengan logik akal kerana akal itu sendiri adalah makhluk Allah.
Bukanlah saya tidak bersimpati atau prihatin nasib malang bayi yang dibuang itu, namun jalan penyelesaian yang dicari hendaklah dapat merungkai permasalahan sebenar hingga ke akar umbinya. Tidak ada hati yang gembira apabila melihat gambar bayi yang dibuang itu terpapar di dada akhbar.
Ibu bapa yang membuang bayi itu lebih teruk daripada haiwan yang menjaga dan mempertahankan anak-anaknya. Sistem perundangan Islam adalah jalan penyelesaian terbaik segala permasalahan yang sedang dan akan kita hadapi.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan boleh dihubungi melalui e-mel di zainul.rijal@abubakar.my
Posted by Mara Sepang at 11:09 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar
KARNIVAL GIATMARA DIPERLUAS
KUALA LUMPUR: Giat Mara akan menaik taraf karnival jualan GiatMara Sale 2 U ke seluruh negara mulai tahun depan bagi mendedahkan pelatih di bawah kelolaannya dalam bidang perniagaan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Khidmat Pengurusan Giat Mara, Abdul Halim Mansur, berkata usaha meluaskan program itu adalah satu usaha Giat Mara supaya pelatihnya menceburi bidang perniagaan selain mengharapkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Katanya, ketika ini program jualan itu hanya diadakan sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Ini adalah pendedahan awal kepada pelatih yang ingin mendalami bidang perniagaan secara kecil-kecilan sebelum terbabit secara serius dalam perniagaan lebih besar,” katanya di sini, semalam.
Posted by Mara Sepang at 10:18 AM 0 comments
Labels: keratan akhbar