KUALA TERENGGANU: Giatmara Sdn Bhd (GiatMara), anak syarikat MARA akan mengkomersialkan projek kapal layar yang dikendalikannya dengan kerjasama MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (MSET) ke peringkat antarabangsa, termasuk membukukan proses pembuatan kapal.
Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata menerusi kerjasama dengan Custom Made Wooden Yachts, milik Abdullah Muda, seorang pembuat kapal layar terkenal di negara ini, pembuatan kapal layar secara tradisional itu akan didokumentasikan dalam bentuk audio video dan penulisan modul. Beliau berkata, dokumentasi latihan teori dan praktikal itu juga akan dijadikan modul latihan kepada anak tempatan yang berminat mengikuti kursus pembuatan kapal layar ditawarkan GiatMara, selain dikomersialkan sebagai sumber pendapatan baru pusat latihan berkenaan.
0 comments:
Post a Comment